Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Wednesday, June 29, 2011

Baiknya Engkau :(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan rahmat dan kasih sayangNya
kita masih lagi boleh menghirup udara
yang diberi khas oleh Allah ini
secara percuma.                    
Cuba kalau diminta bayaran
setiap hirupan itu,sudah tentu kita
berkira-kira dan tidak bersyukur padaNya.

Maha Pengasih Dan PenyayangNya pada hambanya walaupun
ada yang menderhaka.
Patutnya kita bersyukur andaikata ditarik semula nikmat itu,
sudah tentu kita tidak wujud lagi di dunia ini untuk menerima nikmat dan kasih sayangNya.
Takutnya pula,kita mati bukan dalam keredhaanNya(Suul Khatimah)  


Baiknya Engkau Tuhan,
Pakaianku,makan minum,tempat tinggal dan segala macam bentuknya
Engkau yang uruskan
walaupun aku tidak meminta
Engkau berikan dengan Kasih SayangMu
Malu aku dibuatnya
Kerana selama ini aku tidak sedar
rupa-rupanya ada zat yang membela
Diwaktu aku sedih,Tuhan Hiburkan
Bahkan diwaktu aku tidur,
Engkau mengawasi aku
Engkau kerahkan malaikatMU
untuk menjagaku sepanjang tidurku
Semut yang sekecil itu pun,Engkau tidak izinkan
memasuki rongga dan telingaku   

 
Tetapi lumrahnya, manusia tidak pedulikan semua ini
malah ada yang tidak tahu dan tidak terfikir semua itu
Yang selalu bergeliga di otaknya ialah hidupnya,
pasangannya dan kerjayanya
Iaitu ingin menjadi kaya-raya langsung sedikit pon
tidak peduli pada Zat Yang Maha Esa
Kadangkala bila putus cinta,
kita pon mengadu nasiblah pada Tuhan

Dengan rahmat dan kasih sayangNya  
Dia mendengar,
Dia Kasihan,Dia beri petunjuk
Dan lebih-lebih lagi adakalanya
Dia mengabulkan permintaan kita
Kita rasa amat gembira,
selepas itu dengan senang hatinya
kita lupakannya
Tanpa ucapan bersyukur



Alangkah sayunya hati ini,bila mendapati permintaan orang kafir yang sering menghinaNya pun
dikabulkan juga permintaanya walaupun mereka tidak perasan
Meskipun Orang-orang kafir selalu menghina Engkau,Tetapi Engkau tetap berikan mereka rezeki
Sedangkan jelas mereka derhaka pada Mu Ya Allah
Yang hanya mereka tahu hanya meminta kepada  'tuhan' mereka yang
tidak bergerak,tiada hati perasaan,tidak boleh berbicara
Memang amat mustahil Berhala yang mereka sembah itu untuk kabulkan permintaan mereka

Baiknya Engkau Tuhan
Dan di saat yang lain pula,
Allah tidak kabulkan doa kita
tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba-hambaNya

Ada hikmah di sebalik itu agar kita tidak kecewa lagi
Adakalanya kita menjadi amat marah
Dengan hati yang ber dukacita
Kita mulai dengan kata-kata yang hina
seperti tidak mengenang budi
Dengan hati yang terluka kita pun berkata
Tuhan!
Kenapa Kau buat begini padaku
Kenapa Engkau sering mendugaku,
seringkali mengecewakanku
Apa salahku!
Padahal diwaktu Tuhan
mengabulkan permohonannya
Tidak pula kita berterima kasih,malah melupakan tuhan
Lebih-lebih lagi pengaduannya hanya cintanya terhadap insan
Sedangkan Cinta hakiki itu dengan mencintai Allah

Begitulah cinta Allah pada kita
Walaupun seringkali kita lupakannya
Dia tetap menjaga kita...

Andaikata buah hati kita melakukan seperti apa yang
kita lakukan terhadap Allah
Sudah tentu tidak tentu arah kita dibuatnya
dan tidak memaafkan perbuatan tersebut
Tetapi Allah dengan Kemaafan dan PengampunanNya yang tidak bertepian
Dia memaafkan segala dosa-dosa hambaNya walaupun sebesar gunung Uhud sekalipun
Jadi janganlah berputus asa,teruskan menagih keampunanNya
Dengan rahmatNya pasti diampunkannya kita











AKU MINTA KEPADA TUHAN SETANGKAI BUNGA SEGAR, IA BERIKAN KAKTUS BERDURI, AKU MINTA RAMA-RAMA....DIBERI ULAT BERBULU...AKU SEDIH DAN KECEWA... NAMUN KEMUDIAN...... KAKTUS ITU BERBUNGA...INDAH SEKALI... DAN ULAT ITU PUN MENJADI RAMA-RAMA YANG SANGAT CANTIK ... ITULAH JALAN TUHAN...INDAH PADA MASANYA! TUHAN TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN ...TAPI IA MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN...KADANG-KADANG KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA...TAPI JAUH DI ATAS SANA...IA SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK DALAM HIDUP KITA... 

Monday, June 27, 2011

Gempar(Ulama Umno Solat Persis Yahudi

Berikut ini adalah artikel yang mendakwa kaum Wahabi bersembahyang macam Yahudi. Di dalam artikel ini disertakan dengan gambar dan video cara kaum Wahabi dan Yahudi bersembahyang. Disertakan juga video seorang sedang solat berjamaah, kemudian dia berjalan mengambil dan mendukung anaknya. Menurut catatan di bawah gambar berkenaan:
"Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda UMNO yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat.."



Buku panduan solat Yahudi
---PETIKAN----Solat Macam Yahudi


Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan solat sebagaimana diajarkan Nabi SAW dengan memenuhi rukun, syarat sah dan beberapa aksesori sunat yang lain. Cara pelaksanaan begini boleh didapati melalui keterangan ayat2 suci al-Qur'an dan hadis2 yang sahih, hasan dan dhaif. Lisan ulamak mujtahid memudahkan kita untuk mencontohi sifat solat Nabi SAW. Semua ini mudah diperolehi dalam pelbagai mazhab muktabar. Disini kami bawakan satu alternatif Sifat solat Nabi SAW menurut mazhab al-Syafie yang dipersembahkan Tuan Guru Kami syeikh Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Syafie al-Asya'ri. Buku ini saya terjemahkan sebagai peneguhan hujjah mazhab al-Syafie, sebagai respon Sifat Solat al-Baani dan juga jawapan terhadap ciri2 solat syiah.

Awas! Jangan belajar solat dengan fahaman Wahhabiy kerana mereka mengajar cara solat persis Yahudi. Anda boleh telusuri SOLAT YANG PELIK LG TAK BENAR di bawah ini;

Pelampau Wahhabi akan mencela sesiapa yang bersolat tidak meletakkan kedua tangannya di atas dada. Bagi mereka, sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka solatnya dianggap tak betul. Sebahagian wahhabiy mendakwa tidak sah. Ketentuan ini dilihat ada persamaan dengan cara 'solat' Yahudi. Yahudi meletakkan kedua belah tangan mereka di atas dada dan mendakwa sesiapa yang tidak berbuat demikian maka 'solat'nya dikira tidak sah!. Sila lihat buktinya dari awal hingga akhir persamaan di antara mereka (wahabi-yahudi).

Di bawah ini Yahudi cuba mengajar kita cara 'solat' sebenar mereka seperti yang mereka dakwa iaitu meletakkan dua belah tangan di atas dada. Perhatikanlah :
 






Ini pula Yahudi mengajar 

dalam 'solat' boleh
jalan-jalan dan bergerak2 banyak kali.


 








Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda UMNO yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat. Perhatikan aksi dibawah dengan baik :
 




Berikut merupakan cara 'solat' Yahudi yang paling 'best' . Iaitu boleh main baring-baring sambil menekap muka ke lantai











Serupa tapi tak sama @ sama@ serupa ? :

























Solat orang muda yang mengaku ulamak :














Kesimpulannya :
1) Tunaikanlah solat dengan sempurna sebelum masa berangkat tiba. Kesempurnaan solat pemangkin integriti.
2) Ciri-ciri solat Nabi yang sahih boleh diperolehi melalui kitab-kitab karangan ulamak muktabar. Bukannya melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai ulamak.
3) Dapatkan kitab kami di atas sebagai satu solusi solat sempurna. Selagi stok masih ada.
4) Jangan bersolat cara syiah atau cara Wahhabiy persis yahudi. Bersolat cara sunni. Insya Allah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar.

Tuesday, June 14, 2011

KTS: 'Hina sangatkah pelacur tu, Dato' Mashitah?'

Bertemu lagi, cuaca di Jerash ni berubah mendadak. Dah beberapa hari panas, tiba-tiba suhu turun mendadak di musim panas ini. Sejuk. Pergerakan pun macam sejuk juga. Kalau di Malaysia, boleh pekena roti canai dan teh tarik. Baca paper. Jordan ni tak dapat paper, tengok internet version je la. Isu paling hangat sekarang, lebih dari lain-lain isu...Kelab Taat Suami. Asalnya malas aku nak ulas tentang Mashitah ni, sebab dia dah tak popular, tak ada isu dari dia. Cuma menumpang isu orang. Tapi bila baca komen pembaca Berita Harian on line yang banyak respon, nak tumpang sekaki. Salahkah KTS membuat perumpamaan dengan kehebatan taatnya isteri di ranjang seperti pelacur 1st class? Islam membenarkan perumpamaan walaupun dengan binatang. Anjing dikaitkan dengan kesetiaan, keldai dikaitkan dengan kesabaran, berani seperti singa, cerdik seperti kancil, pembelit seperti ular, tak de salah apa pun... KTS bukan kata isteri-isteri itu pelacur. Sama dengan kita tak bermaksud mengatakan sifat kesetiaan seseorang dengan anjing, bahawa orang itu anjing... Tidak sama sekali. Aduh, apalah Dato' Mashitah ni(aku tak pasti Dato' ke Datuk, yang pasti bila isteri dapat Dato', suami tak dapat datin)? Ada masalah ke dengan ketaatan isteri kepada suami ni? Cuba cari ayat quran, hadis atau pendapat ulama mazhab yang menentangnya... Sepakat semua mazhab, isteri wajib taatkan suami. Pastu, hina sangatkah pelacur ni?, sampai semua orang melenting, tak terima, mengata-ngata tanpa usul periksa. Apa usaha kita mengembalikan mereka kepada jalan yang benar? Bukankah dalam pengetahuan JPM aktiviti pelacuran di Malaysia? Jangan pandai mengata je. Dulu Mashitah juga yang ber'fatwa', kalau darurat, wanita boleh melacurkan diri. Hari ini Mashitah rasakan sangat hina menyamakan skill isteri yang taat dalam melayan suami di ranjang seperti pelacur 1st class. Wahai Mashitah, hina-hina pelacur pun Rasulullah saw ada sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra : 'Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.' Soheh Al Bukhari Tak pernah pula aku membaca hadis menyebutkan menteri atau timbalan menteri masuk syurga dengan apa-apa amalan pun. Tak tau la kalau pembaca pernah terjumpa. Bukan niat aku nak menghina Dato' Mashitah, tapi sebagai figure di tengah masyarakat kena bersedia mendengar komen rakyat seperti aku ni. Hina sangatkah pelacur? Mereka perlu diselamatkan. Anjing pun ada masuk syurga, Qitmir. Kita belum tentu. Aku belum tentu, Mashitah pun belum tentu. Tapi lakukan perkara-perkara haram boleh mengundang kemurkaan Tuhan. Boleh masuk neraka kalau tak bertaubat atau bertaubat tidak sempurna hingga Allah tidak terima. Antara perkara haram ialah, bergaduh dengan jiran. Sabda Rasulullah saw: عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فلا يؤذ جاره ....)) (رواه البخاري ومسلم) Rasulullah saw kaitkan berbaik dengan jiran dengan beriman dengan Allah dan hari akhirat. Imam Ahmad pernah sangat menjaga jirannya yang beragama yahudi hingga jirannya masuk islam. Salafus soleh zaman dahulu sangat menjunjung kata-kata Rasul, bukan saman menyaman jiran. Macam tak beriman je...ni Hadis soheh ni... Antara perkara yang haram, tapi ada orang yang sanggup lakukan walaupun berlatar belakangkan pendidikan Islam ialah, ubah ciptaan Tuhan. Supaya lebih cantik kononnya. Cabut atau cukur bulu kening. Haram tu, dato' tak tau ke? Pastu haram bila tutup aurat hanya atas tuntutan fesyen. Tutup tapi tak sempurna. Pakai tudung tapi dada tak dilindung. Sedangkan dada perempuan termasuk bentuk tubuh yang sangat dituntut untuk ditutup. Ada ayat quran lagi tentang itu. Entahlah Dato', cakap saya ni Dato' nak dengar ke tak? Quran Hadis cakap Dato' buat tak kesah je. Tapi Fauziah Ariffin cakap, Dato' macam geram je.... Suruh siasat pendaftaranlah. Bekas Arqamlah... Cari popularitilah... Macam dengki je. Kalau Dato' tak nak taat suami 100%, janganlah libatkan orang lain. Janganlah api-apikan, ada-adakan kemungkinan itu dan ini. Biarlah orang popular, masa kita dah berakhir. Bukankah Dato' kalah dalam pilihan raya lepas. Naik hanya belas ehsan PM. KTS tengah popular, tengoklah undian kewajaran tubuhkan KTS atau tak di BH, 98% sokong, 2% je tak. Entahlah... Mashitah zaman Firaun ahli syurga... Mudah-mudahan Mashitah akhir zaman tak sebabkan ramai orang masuk neraka. Ok, nak pekena nasi lemak Kak Sal Wak Nasoha di tepi kolam renang Mat'am Qasr Lubnan. Tak dapat roti canai Sungai Kerang, dapat nasi lemak jadila.... Tepi Kolam Renang, Mat'am Qasr Lubnan, Jerash, Jordan. 11.17pm Jun 14, 2011(anjangmuor.wordpress.com)

Sunday, June 12, 2011

'Pantau ajaran sesat di internet'

Isnin , 13 Jun 2011
JAKIM tubuh pasukan kesan penyebaran aktiviti tidak betul guna media baru ‘Pantau ajaran sesat di internet’

PUTRAJAYA: Bahagian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini menubuhkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan bagi mengesan kegiatan individu atau kumpulan tertentu yang dikatakan menggunakan blog, laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan ajaran sesat, fahaman ekstremis dan pluralisme di kalangan umat Islam di negara ini.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata langkah ini perlu kerana JAKIM tidak menolak kemungkinan ada kumpulan ajaran sesat yang cuba menggunakan kemudahan media baru seperti blog, Facebook dan Twitter bagi merekrut ahli baru serta mengelak kegiatan haram mereka dihidu pihak berkuasa.
“Tidak dinafikan kumpulan ajaran sesat pada hari ini sentiasa memanipulasi segala kekuatan dan kemudahan teknologi untuk mengembangkan fahaman menyeleweng dan mencari ahli baru.

“Ini kerana penggunaan teknologi maklumat (IT) termasuk blog, Facebook dan Twitter bukan saja menyebabkan pihak berkuasa agama negeri dan JAKIM sukar mengesan kedudukan sebenar markas mereka, malah membolehkan kumpulan ajaran sesat terbabit merekrut lebih ramai ahli dalam masa singkat,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan 10 kumpulan ajaran sesat yang pernah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri dipercayai masih bergiat aktif di seluruh negara termasuk merekrut pengikut baru.

Antara kumpulan ajaran sesat terbabit termasuk Syiah yang ekstrem; bekas kumpulan al-Arqam yang dikaitkan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jemaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah.
Mereka adalah sebahagian daripada 95 kumpulan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu. Sebahagian besar kumpulan lain sudah ‘mati’ dan tidak ada pengikut lagi.

Pada masa sama, beliau berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan pihak tertentu menyebarkan pelbagai fahaman baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

Bagaimanapun, Othman berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri menghadapi pelbagai masalah dalam menangani ajaran sesat berikutan ketiadaan penyeragaman undang-undang Syariah pada peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarikat dan tasawuf.

Berikutan itu, beliau berkata JAKIM sentiasa mengambil langkah proaktif termasuk meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian dan menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat terbabit.

“Pada masa sama, JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri juga mengadakan ceramah dan kaunseling bagi meningkat kefahaman umat Islam mengenai pelbagai kumpulan ajaran sesat yang menyeleweng daripada akidah Islam dan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya.

"Kita juga menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Nasional (JAPAS) dan Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan (JAPPIS) bagi meningkatkan pemantauan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kegiatan penyebaran ajaran sesat di seluruh negara," katanya.      


Sumber dari Berita Harian

Friday, June 10, 2011

Tak Pakai Kopiah Jadi Fasiq?

http://3.bp.blogspot.com/_4fCdYcw2xYw/TQ8uBReApRI/AAAAAAAAAG4/yk88ZB8A2Vg/s1600/KopiahPutih.jpg
Apa Salahnya berkopiah?Ia kan sunnah nabi?Kenapa bila pakai kopiah sahaje rase terasing?Kenapa kita perlu cara pemakaian orang2 barat?Tapi yang peliknya,mereka yang nak mengatakan tentang islam ni,kopiah pun tak pakai,tapi cukup menghentam orang sekeliling dengan hujah2nya..Disini kami sertakan klip video ceramah tentang tidak memakai kopiah..

Saturday, June 4, 2011

Malaysia Indah



Malaysia Indah




Malaysia Indah Tanah Air Tercinta
Tanah Tempat Tumpahnya darahku
Tempatku diasuh dan menerima ilmu
Negara di mana perjuanganku diasaskan

Kini Malayisa nun jauh dimata tapi
dekat dihati kerna tempat lahirnya cita
Ia akan jadi tapak ummah kedua
Ia pasti jadi kerna telah disabdakan (ulang rangkap 1 n 2)

Biar Abuya merantau dahulu
Terbang bagai burung membawa cita
Timba pengalaman dengan sebanyaknya
Sampai masanya abuya pulang jua
Bila abuya dijadualkan pulang
Ia perantauan,pejuang pasti pulang (ulang rangkap 1 n 2)

Bila abuya dijadualkan pulang
Diwaktu itu tak siapa menghalang
Kerna zaman itu zaman kemenangan
Kemenangan yang gemilang
Anak abuya sabarlah menunggu,
Biarlah abuya merantau dahulu (ulang rangkap 1 n 2)

Memang sunnah orang berjuang
Terbuang dahulu baru pulang
Kepulangannya dengan kemenangan
Masa pulangnnya sudah hampir tiba
Cuma masanya yang belum tepat
Bila sampai nanti semua terperanjat (ulang rangkap 1 n 2)




Zaman itu hanya tinggal kenangan..
Mampu menulis posting  sampai 2 – 4 seminggu itu sudah lama berlalu.
Begitulah dunia, cepat menjemukan. Walau yang ditulis adalah topik yang menghiburkan akal dan roh.
Sebab apa? Satunya mungkin dengan kehadiran orang baru dalam hidupku,  tapi sebenarnya ada sebab yang lebih besar lagi.
Sejak Abuya ‘pergi’ beliau telah ‘mengajar’ kami merindui akhirat. Merindui alam ghaib. Bukan, bukan khurafat. bukan tahyul. Sedangkan Allah juga ghaib, Rasulullah juga ghaib. Jalan-jalan menuju Allah juga ghaib. Yang ghaib itu hanya dapat dirasa dengan roh.
Abuya masih dan terus-terusan mengajak kami dalam kuliah-kuliahnya ( yang diwakilkan oleh isterinya sebagai satu muslihat kepada Yahudi), agar ” Ayuh ! Akhirat itu kekal abadi, dunia ini hina, perjuangkanlah Tuhan kepada semua manusia, agar Tuhan dan Rasul dicintai”. Abuya menyuruh berselawat beribu-ribu kali sehari kalau mampu!
Lantas, hati menjadi terlalu rindu dengan Rasulullah SAW hingga tidak mampu lagi menampung kerinduan itu..
Abuya mengajar kami menjadi orang roh. Memanfaatkan roh yang selama ini kaku seolah tidak digunakan untuk menggapai Allah dan RasulNya. Abuya mengajar mensucikan dan meningkatkan roh manusia..
Lantas, hati sering gundah, sering terdetik adakah solatku diterima? Allah…..   aduh! zikir yang belum selesai, muhasabah di atas sejadah belum cukup, bagaimana rasa hati hari ini, lalai dengan dunia atau merasa gundah dengan Tuhan? Solat malam, MasyaAllah, mujahadah sungguh untuk bangun malam, yang ini orang setahap diri ini belum lulus-lulus lagi untuk istiqamah….
Abuya mengajar supaya hati menangis selalu terkenangkan akhirat. Abuya mengajar merindui alam ghaib yang indah,  dan alam akhirat,  merindu kematian…
Aneh, sejak Abuya pergi, rasa-rasa tersebut lebih mudah dirasai, tawassul lebih mudah dijiwai…. Lagilah bila Abuya mengajar cara-cara praktikal melawan hawa nafsu dengan lebih efektif, jika sehari tidak menjiwainya, terasa kosong dunia ini.
Apabila jiwa ini sudah terpaut dengan yang ghaib, dunia terasa tidak lagi menghiburkan. Dunia cyber yang dulu wajib aku melayarinya setiap hari tidak lagi menjadi kesukaan. Dengar perkataan Facebook pun aku sudah tidak lalu nak menelan…
Abuya, kami merinduimu. Pulanglah. Dan Abuya memberitahu hal ini akan terjadi sedikit masa lagi. Di waktu itu, dunia akan terkejut, itulah sebesar-besar tsunami. Habis tercengang orang-orang akal serta mereka yang memperlekehkan hal ghaib. Terkedu bagaikan umat dahulukala yang diperlihatkan  mukjizat Rasul mereka.
Pulanglah Abuya untuk menyelamatkan iman manusia, selamatkanlah dunia… bersama-sama Imam Mahdi dan Rasulullah SAW memenangkan Islam buat kali ke dua. Buktikanlah mukjizat Rasulullah SAW dalam diri Abuya…
Mukjizat Rasul akhir zaman terus berlaku. Bila kami berselawat,  dapat kami rasakan betapa beratnya penanggungan Rasulullah dan teamnya sepertimana beratnya penanggungan Nabi Ibrahim dalam perjuangannya dahulu.
Sejak kecil sering tertanya. Mengapa bacaan Tahiyyat bila berselawat macam ada sesuatu yang tak kena. Kedudukan Rasulullah  sangat tinggi tetapi kenapa dikatakan Nabi Ibrahim seolah-olah lebih tinggi dari Rasulullah ??
Dalam bacaan Tahiyyat, disebut Selamatkan dan berkati Nabi Muhamad sepertimana Tuhan menyelamatkan dan memberkati Nabi Ibrahim…..
Fahamilah bahawa keadaan Rasulullah SAW sekarang bagaikan seperti Nabi Ibrahim yang dibakar, umpama menunggu saat untuk dibebaskan dan umatnya diselamatkan. Rasulullah SAW terus merintih sejak 1400 tahun lalu. Ummati… ummati…
Walau umatnya memberi salam dalam tahiyyat,  ” Assalamualaika ayyuhan nabiyyu”  mereka tidak merasakan baginda menjawabnya, malahan mereka merasakan peranannya sudah selesai. Mereka merasakan rohnya terperangkap dalam jasadnya di bumi Madinah,  sebagaimana orang biasa wafat.. Yang tinggal adalah jutaaan helaian-helaian naskah Al Quran dan Hadis sahaja.
Bukan begitu! Rasulullah  tetap hidup secara rohnya! Sepertimana Sayyidina Umar menekankan dengan tegas sejurus kewafatan baginda!
Wahai kaumku….  Rasulmu masih berperanan, … Tidak adil umat ini ditinggalkan dengan helaian kertas Quran dan Hadis semata-mata bukan…? Walhal kerosakan umatmulah yang paling dahsyat, terutama di akhir zaman ini !
Hakikatnya roh Rasulullah masih tetap berperanan. Rohnya menjawab salam, rohnya boleh dijadikan wasilah untuk membantu umatnya. Nur Muhammad, adalah cahaya segala sumber cahaya. Rohnya  memproses jiwa umatnya, bilamana  mereka menggunakan alat komunikasi mengalahkan segala alat tercanggih di dunia,  iaitu hati, dengan sebaik-baiknya … Abuyalah yang telah mengajar hati kami untuk menggunakan hati ini sebagaimana yang diajarkan di dalam Al Quran…
Sekarang roh Rasulullah aktif  memproses hati para ikhwan dan asoib, agar terus merindui alam ghaib. Kerana merindui alam ghaib adalah pemangkin untuk mati syahid!
Abuya, datanglah, kenalkan Imam Mahdi kepada kami agar Rasululllah dapat terus membantu Imam Mahdi dan Abuya memenangkan umat Islam…
Abuya , tidak mampu rasanya melihat keadaan dunia yang sudah punah ranah…!… watak dunia hari ini menunjukkan bahawa masanya sudah terlalu hampir untuk kemenangan itu..
Abuya, teruslah pimpin tangan kami menuju Tuhan dan RasulNya…
Kami menunggu pemimpin tiga serangkai…!!
Allahu akbar!!

Malaysia Indah