Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, June 28, 2013

Laporan Show dan Expo di Satun

Perkembangan terkini bkait Show GH dn EXpo GISB di Satun oleh Ibu Azwa AR dn team GH; Alhmdulillah dgn kemuliaan dan karamah RSA jg Wasilah,kami selmt berada di Satun .Ptg tadi RSA terus gerakkn kami bkerja mncari tmpt maka Alhmdulillah dpt tempt yg cukup strategi di perkarangan parking Pasaraya besar yg baru di buka Makro Satun.Org mmg ramai berpusu2 tk kira waktu disitu utk membeli belah,kawasannya lapang dan besar.S Cumat terus berjumpa dgn Manager Makro,tarikh 28,29 dan 30 hb jun ini kosong maka kita boleh buat ditarikh trsbt sesuai hari jumaat sabtu dan ahad.Asal sewa tapak sbnyk 2k 1 hari dpt kurg utk harga promosi satu hari 800 rm shj.mlm ini surat2 jemputan,spondor dll disiapkn,insya allh esok dh mula boleh operasi jemputan dll.Kwan S Cumat ketua tentera Satun yg isterinya kerabat di Raja Kelantan akn rasmikn pd mlm akhir 30 hb.Isnin ini S Cumad akn ke pejbt Gabnor Satun utk jemputan perasmi di hari pertama dan akn mohn bantuan peralatan dan sokongan utk mmbawa brg dri Malaysia.Moga restu dan keberkatan RSA dan Wasilah sntiasa teralir utk kami khususnya asigment mndptkn hati hamba.-Sumber dari KMS Group-

Berita ke 2,- Sebelum progm mmg hujan lebat tp dgn berkat rsaw bila sampai waktu hari prgm nya takda sikit hujan
2.GM tesco pada awalnya risau sbb pada pukul 4 petang kelihatan tak ramai pengunjung yang datang ke prgm eskpo. Tapi selepas pukul 5 ptg makin ramai org yang datang sehinggalah ke malam. Apabila terdengar nasyid pertama dalam sesi latihan pada petang itu, pengunjung tesco keluar utk melihat. Orang semakin ramai datang ke tapak ekspo menjelang malam. Mereka yang datang menonton konsert tidak berganjak dari tempat duduk mereka sehinggalah selesai show.
3.Prgm perasmian oleh wakil gebenor….Ekrat Leesen (Ahmad) jawatan (DO negeri satun)….dia sangat seronok bila tahu ramai yg datang dari Malaysia Indonesia Singapura dan Australia semasa dia melawat tiap2 gerai.
4.Wakil Gabenor menyatakan rasa pelik bagaimana sebuah syarikat swasta atas nama yayasan oleh mengumpulkan penyertaan dari beberapa negara ke program sedangkan pihak kerajaan Satun, yang ada orang, ada wang, dan kekuatan2 lain tapi sekadar boleh tarik orang dari Kedah, Perlis dan Langkawi sahaja.
5.Program perasmian bermula pada pukul 8:00 mlm. Di antara VIP yang turut hadir ialah GM sebuah bank di Satun, bekas wakil rakyat songkha bernama Wan Abdullah Lahtima.
6.Wakil Gabenor memohon maaf kerana Gabenor sendiri boleh hadir kerana ada pertemuan penting dengan PM Thai
7.Wakil gabenor sangat jatuh hati bila tengok show. Dia seronok sbb ada org mengajar Al-Quran melalui teater yang mudah difaham dan sangat dapat rasa, sehingga beliau lupa pukul 10 mlm dia ada hal penting nak buat yg diamanahkan oleh Gabenor

Wednesday, June 26, 2013

Surat Dari Tahanan Syria

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada, 
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria. 

- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.

- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Malaysia dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.

Bangunlah ! Bangkitlah!

P/s :Tuhan datangkanlah pembela dan penyelamat 
bagi kami semua.."Akhirnya kami mengharap 
tolonglah menangkan Islam di syria dan Selamatkanlah hamba-hambaMU yang sedang menderita

Tuesday, June 4, 2013

Islam Dijangka tawan Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi

SERIUS! - Islam Dijangka tawan Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi
- Ini adalah satu perkembangan yang menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan. Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai.

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. mun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

P/s : Benarlah kata Abuya.Barat di ambang maut.Wakil kita sudah berada di sana.Tunggu masa utk nyalakan bara2 api yg sudah lama terpadam

Monday, June 3, 2013

Warkah Kemenangan

WARKAH KEMENANGAN

Wahai anakanda, anak2 pejuanganku
Sepertilah dirimu, ibumu ini juga lemah sebenarnya
lemah untuk memahami Tuhan yang Agung
Nabi yang sempurna, juga Abuya dan Saidi yang sangat benar

*Lalu kita pun jatuh terjelapak dikaki kebenaran
Lantas bertanya, oh kenapa jadi begini ?

Anak2ku semua,
Kemenangan utk Nabi Nuh ialah
Melepasi banjir besar
Kemenangan utk Nabi Yunus
Melepasi perut ikan paus
Oh... Ajaibnya

Anak2ku lihatlah,
Kemenangan utk Nabi Musa ialah
Melepasi lautan
Kemenangan utk Nabi Ibrahim
Melepasi gunungan api
Oh.... Ajaibnya

Dan kemenangan utk kita
Bersama Nabi Muhammad
Ialah melepasi medan2 perang

Ulang *

Saksikanlah anakku,
Keajaiban menyangkal kata akalmu
Kita bukannya kalah, kerna islam terus menang

Kalau begitulah maksud ujian ini
Tunggu apa lagi ?
Mari kita bersatu kembali
Dan belajarlah bahawa kita terlalu
Perlukan seorg Nabi iaitu Nabi Muhammad
Yg sanggup menghadiahkan Abuya dan Saidi kpd kita

Marilah oh anakku
Kpd kebenaran yg dahsyat ini
Kita akan terus menjulang Allah dan Rasul
Utk dihadiahkan kpd seluruh dunia
Bersama2 Abuya dan Saidi

File name: WARKAH KEMENANGAN FM 8 (master).mp3
Download link: http://www.mediafire.com/listen/qk2eh4jdaqbbarg/WARKAH_KEMENANGAN_FM_8_(master).mp3